Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganggarkan jumlah penerima bantuan pada tahun ini meningkat sebanyak 445,000 dengan nilai peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun.<br /><br />Timbalan Menterinya, Datuk Seri Siti Zailah Yusoff berkata, pertambahan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk menggunakan paras garis kemiskinan (PGK) makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
